Chapter 3: Optimize Gambar

Sebahagian besar daripada file website anda terdiri daripada gambar. Dalam chapter 3, anda akan belajar cara untuk optimize gambar tanpa mencacatkan kualiti. 

Optimize Gambar

Anda tak boleh skip part ini sebab ianya sangat penting untuk:

  •  Meringankan website.
  • Mengurangkan load time.
  • Mengurangkan beban dari network resources & penggunaan mobile data. 
Ada banyak cara untuk Optimize gambar. Ada cara auto dan cara manual.
 
Cara paling pantas dan mudah ialah dengan menggunakan plugin ShortPixel Image Optimizer.
 

1. Install Plugin Shortpixel

Buka dashboard wp anda dan install plugin Shortpixel Image Optimizer.

2. Generate API Key

Masukkan email anda dan klik ‘Request Key’ untuk generate API key.

 Lepas API Key dah keluar dalam box, klik validate.

3. Compression Type

Dalam halaman di tab General, klik dan pilih Glossy pada bahagian Compression type. 

Kemudian, klik button Save and Go to Bulk Process untuk memulakan Images Optimization.

4. Mula Optimize

Selepas itu, anda akan di bawa ke page Media.

Untuk bahaguan ni, klik pada button Start Optimizing.

5. Info Penting

Apabila optimization sedang berjalan, anda tidak boleh tutup tab ShortPixel. Jika tidak, optimization akan terhenti.

6. TinyJPG (Alternatif)

Anda boleh guna alternatif ini kalau saiz gambar dalam sales page masih besar lepas optimize guna ShortPixel.

Cuma upload file gambar dari laptop anda ke tinyjpg dan link download akan keluar lepas proses optimize selesai.

Kemudian, anda boleh replace gambar yang bersaiz besar tadi dengan file yang anda baru sahaja optimize menggunakan Tiny JPG.

Final Speed Test

Lepas anda selesai migrate ke VPS, setup CDN, WP Rocket dan Optimize gambar..

Anda boleh semak speed di Pingdom untuk test load time website anda.

Jangan Lupa untuk Sertai Group Telegram!

Jadi itu adalah langkah – langkah yang saya ambil untuk boost performance dan buat load time website saya di bawah 3 saat.

Jangan lupa sertai group Telegram Jerung Digital untuk tanya soalan dan dapatkan bantuan mengenai WordPress. 😊

Discussion Box

Anda tidak jelas dan perlukan penerangan lanjut mengenai pembelajaran dalam Chapter 3? Log in dan tuliskan soalan anda di bawah untuk dapatkan bantuan dan penjelasan lanjut.