
WP Rocket ialah plugin yang powerful dan ia boleh instantly buat website anda jadi lebih laju dan load dengan lebih lancar.
Fungsi WP Rocket lebih advance berbanding Autoptimize dan harga plugin ini ialah $49 per license aka untuk 1 website.
$49 ni bayar sekali setahun dan harganya memang kena dengan hasil.
Untuk beli license dan download plugin ini, anda kena buka website wp-rocket.me
Lepas dah install dan aktifkan plugin. Anda boleh ikuti step di bawah untuk setup & configure WP Rocket.
Lepas dah daftar akaun , anda boleh download plugin dan dapatkan license code di dashboard WP Rocket.
Kemudian, cuma install dan aktifkan guna license code yang diberikan.

Di bahagian setting WP Rocket, tick pada “Enable caching for mobile devices”.

Seterusnya, kita ke bahagian File Optimization. Ikut step by step macam dalam gambar yang saya susun di bawah.
a) Klik Minify CSS Files, kemudian klik Activate.
# Cascading Style Sheets (CSS) adalah language stylesheet yang digunakan untuk present document yang ditulis dalam markup language seperti HTML.

b) Klik Combine CSS Files, kemudian klik Activate.

c) Tick pada box Optimize CSS Delivery.

d) Seterusnya, Klik pada box Minify Javascript files. Kemudian klik Activate.

# JavaScript aka JS, adalah programming language yang sesuai dengan spec ECMAScript.
JavaScript adalah high level, always disusun dengan tepat, dan multi-paradigm. JavaScript menggunakan ‘{}’ curly-bracket syntax, dynamic typing dan prototype-based object-orientation (proses yang menggunakan data sedia ada).
e) Tick box Combine JavaScript Files dan klik Activate.

f) Dan yang terakhir untuk Javascript, tick pada box Load JavaScript deferred.

Dekat bahagian Lazyload, tick pada ketiga – tiga boxes di bawah ni:

Dekat setting terakhir WP Rocket iaitu CDN, tick pada box Enable Content Delivery Network.
So itu sahaja apa yang anda perlu buat dekat bahagian caching plugin.
Anda boleh guna Autoptimize atau go for the top shelf iaitu WP Rocket.
Untuk makluman, syarikat saya tidak akan menerima sebarang komisyen kalau anda membuat sebarang pembelian dengan WP Rocket.
Lepas dah selesai setup, test speed dekat Pingdom.
P/S: Jangan terkejut kalau WP Rocket instantly potong lebih dari 50% daripada load time asal!

Anda tidak jelas dan perlukan penerangan lanjut mengenai pembelajaran dalam Chapter 2? Log in dan tuliskan soalan anda di bawah untuk dapatkan bantuan dan penjelasan lanjut.