Belajar untuk setup asas yang kukuh untuk buat website load jadi lebih laju.
Sama ada shared hosting atau VPS, anda kena guna hosting provider yang stabil.
Ini penting untuk pastikan performance website anda steady. Lebih – lebih lagi pada waktu anda nak scale up kempen FB Ads.
Untuk shared hosting, saya sarankan untuk guna GBNetwork atas dasar reliability.
Untuk VPS pula, saya sarankan untuk guna Cloudways. Ini kerana ianya mudah dan dibina untuk performance.
Nak upgrade dan resize server ikut keperluan semasa pun mudah.
Dalam chapter lepas ni, saya akan terangkan lebih lanjut dan tunjukkan cara untuk setup VPS.

Sekarang kita pergi ke perkara kedua iaitu theme.
Theme yang berat boleh perlahankan website jadi sangat penting untuk pilih theme yang ‘light’.
Kalau anda guna website jenis sales page atau minisite, anda boleh guna theme:
Saranan: Guna Hello sebagai theme utama kemudian decorate website anda guna Elementor PRO.
Confirm design nampak kemas dan laju macam roket!
WARNING: Untuk website yang dah siap dan dah ada sales page, jangan tukar ke theme lain. Nanti design anda boleh ‘crashed’.
Jadi guna 2 theme di atas ni semasa anda mula bina website baru sahaja.

Semak senarai plugin kemudian delete plugin yang tak digunakan atau berikan manfaat pada website.
Kalau tak ada fungsi, terus delete. Antara perkara lain yang anda boleh buat untuk lajukan website ialah delete themes, gambar atau pages yang tak digunakan.
Bersihkan website anda dari perkara yang tak memberi manfaat dan tinggalkan perkara penting sahaja.
PENTING: Plugin yang belum update ke versi terbaru boleh jadi backdoor kepada hacker untuk inject malicious script atau malware ke website anda.
Jadi sentiasa pastikan plugin wordpress anda sentiasa dikemaskini.
Untuk autoupdate plugin & theme wordpress, anda boleh guna plugin Companion Auto Update.
Plugin ni percuma sahaja jadi anad boleh terus install dan activate terus di WP anda.

Kalau anda dah settlekan 3 perkara diatas ni, maksudnya anda dah setup asas yang baik untuk buat website anda jadi lebih laju.
Sekarang buka browser dan search tools.pingdom.com
Taip nama domain website anda dan pilih server Asia – Japan.
Kemudian klik test untuk check performance dan web speed anda.
Bila dah selesai check performance di Pingdom, screenshot dan note down initial speed untuk track perubahan pada website anda.

Anda tidak jelas dan perlukan penerangan lanjut mengenai pembelajaran dalam Speed Web Booster? Log in dan tuliskan soalan anda di bawah untuk dapatkan bantuan dan penjelasan lanjut.